Sabtu, 10 April 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang... layani wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah -lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu ke atas mereka ialah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini.. sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. kamu semua adalah sama tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya terkecuali dalam taqwa dan amal soleh. ingatlah kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala yang telah kamu kerjakan. oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
wahai manusia,
tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku. dan tidak akan lahir agama baru.
oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan sunnahku.
hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain, dan yang lain menyampaikan nya pula kepada orang lain. semoga yang terakhir terus dariku. saksikan ya allah bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
khutbah ini disampaikan pada 9 zulhijjah tahun 10 di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Ahad, 28 Mac 2010

PELBAGAI GANGGUAN SYAITAN,JIN DAN IBLIS

  1. menghalang manusia dari mengikuti jalan Allah dengan mendatanginya dari depan, belakang,kanan dan kiri. (Al-A'raf:16-17)
  2. menggoda dan menimbulkan was-was. (al-A'raf:200-201, al-Nas:1-6, Taha:120)
  3. menyesatkan dan memberikan janji kepada mereka serta menyebabkan manusia berangan-angan.(al-Nisa':117-120,al-Haj:52)
  4. menyebabkan manusia lupa. (al-An'am:67, al-Kahfi:63, Yusuf;42,al-Mujadalah:19)
  5. menghias perbuatan jahat sehingga kelihatan menarik. (alNaml;24,al-An'am:43)
  6. merasuk manusia sehingga menjadi tidak siuman (menguasai otak seseorang) (fussilat:36,al-A'raf:120)

BISIKAN HALUS

SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU MEMBISIKKAN KEPADA KAWAN-KAWANNYA AGAR MEREKA MEMBANTAH KAMU; DAN JIKA KAMU MENURUTI MEREKA, SESUNGGUHNYA KAMU MENJADI ORANG-ORANG YANG MUSYRIK. (AL-AN'AM:121)

AMANAH ALLAH

setelah agama ini disempurnakan oleh Allah sebagai satu sayariat yang paling akhir sekali untuk seluruh manusia, maka dengan itu jadilah agama itu satu amanah Allah yang mesti dipikul oleh setiap orang. kalau tidak, manusia akan diazab oleh Allah kelak.

firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:
sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah(tanggungjawab agama ini) kepada langit,bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.

melalui ayat ini dapatlah difahamkan bahawa mana-mana orang yang berpura-pura memikul amanah ini atau tidak mahu memikulnya akan diseksa nanti.

Agama Islam yang merupakan satu amanah Allah mesti dipikul oleh seluruh umat manusia. untuk menyedarkan diri sendiri, kaum keluarga dan orang ramai supaya sama-sama memikul amanah ini dengan sempurna, maka diperlukan daripada setiap orang untuk mengatur langkah dan usaha ke arah itu melalu sama-sama berusaha dalam berdakwah.

Khamis, 25 Mac 2010

DIRIKU...

untuk menuju kejayaan, tanamkan azam yang mantap di dalam diri...impikan juga kejayaan..sebuah kejayaan itu bermula dengan sebuah impian, sebagai muslim, berdoalah agar diterangkan hati kita,mudah-mudahan kita akan mendapat ilmu dengan mudah...disamping usaha yang berterusan..jangan mudah mengalah...